Sunday, May 1, 2011

Kenapa Belog Aku Tak Famous...

pic taken from mr.google

Hello readers...Amacam hari nie? Still ok ? Macam mana dengan cuti korang hari nie ? Mesti korang ada plan utk pegi mana-mana kan? Aku ??? Hanya duduk dirumah disbbkan my hubby kerja..xpe it's ok..:) Ok..kita kembali ke tajuk asal iaitu kenapa blog saya tak famous? yes, blog saya memang tak famous sebab saya sendiri pun bukanla famous orangnye..Saya hanyalah orang biasa saja, yang tak ada rupa, tak pandai berfesyen, dan yang saya pandai hanyalah meluahkan apa yang saya rasa melalui blog kesayanganku ini dengan bertemankan lappy compaq kesayangan saya mencoret-coret apa yang terbit dari hati saya dengan ikhlas walaupun kadang-kadang isi kandungan blog ini mmg bercampur aduk macam rojak yang dicampur dengan kuah ubi yang banyak.


Keikhlasan saya utk berblogging bukanla mengejar kepopulariti dan mengejar wang ringgit nuffnang semata-mata. Kalau dapat tu alhamdulillahla kan. Kalau tak dapat tak mengapa cuma tidakla saya bersengkang mata berblogging demi seketul BE(big apple. Oh! saya tidak begitu. Saya akan berblogging jika ada sesuatu yang ingin saya sampaikan. Selain itu, blog ini juga saya jadikan sebagai medan kemarahan dan kesunyian saya. Nak marah dekat kawan-kawan tak boleh nanti mereka terasa hati pula. So dengan adanya blog ini saya boleh caci blog saya ni sepuas hati sebab blog bukanlah orang, yang membacanya adalah orang dan saya juga kena prihatin dan menjaga setiap ayat yang saya gunakan didalam entry saya untuk tidak menyakiti hati si pembaca..


Berblogging bukanlah perkara mudah untuk copy paste sesuatu artikel. Ianya bukanla mudah dan ianya bukanla rumit. Klu dulu mmgla rumit sebab saya tak ada laptop nak update blog. Bila dah ada laptop line internet pulak yang tak ada. Untuk apa saya buat demikian? Adakah hanya untuk berharap yang semua akan membaca apa yang saya sampaikan didalam blog saya? Oh semestinya tidak. Saya berblogging adalah untuk kepuasan hati sendiri. Bila kita update blog kita tu, kita akan rasa something yang lain sangat rasa macam puas dengan sesuatu tu.


Biarpun tak ada seorang pun yang ingin atau menjeling pada entry kita, tetapi itu tidak menjadi satu permasalahan, kerana kita berblogging hanya untuk sampaikan sesuatu dengan ikhlas dan melepaskan kepuasan untuk diri kita sendiri.