Friday, July 30, 2010

HOTFM Zoomer......

Actually benda berlaku dah lama dah sebelum aku berhenti keje kat tempat lama lagi. Alkisahnya, mmbr aku sorang nie Imah dia sambil2 tgh buat keje kat ofis sibuk dok dengar radio HOTFM. Then ntah macam mana dia dengar iklan ada HOTFM ZOOMER kat KFC Kota Damansara..so apalagila inform kat aku nak pegi ke x ? Aku apalagila dengan selamba kuar jap semata2 nak dapatkan hadiahla konon..hehehe
Sampai je kat sana mmg sahihla ada dorang kat sana..Aku ngn IMAH pun apalagila turut serta dalam permainan..Tak sia2 beb dapat gak hadiah...mari kita tengok apa hadiah yang kitorang dapat...

Hadiah yg kitorang dapat.
Berbaloi baloi la jugak sekurang2nye xdela balik ofis ngn tangan kosong kan Imah..wakakaka
Gaya seorang pemenang....hahaha
inila dia SI BUDAK OTAI..Imah

Tapi mmg kelakarla blh plak aku ngn IMAH kuar jap nak mengejar si HOTFM punya pasal. Nie semua IMAH punya pasal, klu x kerana dia aku x terjebak tau. wakaka. Apa2 pun mmg happeningla...

IMAH, lepas nih kita dah x kuar curi2 lagila lepas nie..huhuhu

Sony TX5 vs Canon EOS 1000D

Salam semua...

Lama rasanya x update blog nie..sejak2 pindah keje baru nie..aku xde masa nak bukak semua. Tempat keje baru aku sekarang nie ok. Member baru pun ok. Cuma sekarang nie kene sesuai dirila di tempat baru. Biasala mana2 tempat pun mcm tu jugak. Yang penting duit MASYUKK!!! hehe..Sebenarnya bukan hal nie yang nak aku ceritakan, tapi..aku dapat gadget baru dari my laling...(terharula). Sebenarnya niat aku dah lama nak beli camera baru nie tp yg biasa2 je, target mmg nk beli camera Sony TX5

Say babai to Sony TX5...hahahahaha

tp so surprise for me that my hubby dah belikan camera yang x pernah terlintas pun kat fikiran aku. Terima kasih abang...so lepas nie bolehla tangkap gmbr sana tangkap gmbr sini..hehehe. BESTNYE....suka suka suka

cantik kan ?? tp belum belajar habis mcm mana nak guna.

Bestnye. Thank you abang...huhu

Thursday, July 22, 2010

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

MARI kita RENUNGKAN BERSAMA SIAPA SUAMI KITA DI AKHIRAT NANTI....

MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelAki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


DI DLM BERSAHABAT...

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Wednesday, July 21, 2010

Si Tecik YAYA~~

YAYA yg tomeiii.....

Rindunyer ngn YAYA nih...dah besar dah dia..hehehe. Bila nak jumpa YAYA nie ye ??

Saturday, July 17, 2010

{RENUNGAN} 6 KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”


2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini Nabi Adam diciptakan dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”




4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.




5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”




6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.



Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.


****************************************************


Aku harap dengan ada sedikit info ini dapat bantu kita semua dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya. Insyallah ~ :)


Tanpa BELAS KASIHAN, TIDAK BERHATI PERUT.




betapa KEJAM manusia hari ni..tanpa BELAS KASIHAN, TIDAK BERHATI PERUT..membuang bayi yang tak berdosa hasil dosa yang mereka buat..kononnya BUKTI CINTA..tapi kenapa ini yang terjadi???
cubala kita sama3 renungkan...perkongsian dan peringatan utk semua dan diri sendiri..sapa yang harus dipersalahkan??sapa yang harus dihukum??
fikir3kanlah..........

Thursday, July 15, 2010

~~gud bye...~~

pic taken from Mr.Google


i'm free now!... tp x berapa pasti.. for me, kalau ada jodoh adalah.. kalau xder tu hope msg2 or calling2 itu saje yg blh kita "KEEP IN TOUCH"


sedih??
ntah ler. t'tiba aku rasa mcm xder perasaan pulak. maybe blom tiba masanya lagi kot.


kenangan??
byk gler kenangan aku dgn korang aku xkan lupa...kenangan manis sentiasa buat aku tersenyum...:))


sunyi??
blom rasa sunyi lagi.. but i have a lot of freind!... i love all my frenzzss... i have a big family!


kehilangan??
of cos aku rasa satu kehilangan besar kot..actually to all my frens..rindu gelak tawa suka duka & lepaking with uols...hihihi


:: to my frense hope u happy ur new life..sy happy bersama korang...(huk huk huk..)

Wednesday, July 14, 2010

Kek Batik

Sebelum aku meninggalkan dunia LENO aku ingat nak buat kek batik atas permintaan Kak Yati yang telah sekian lama mengidam dari dia mengandung sampai dah bersalin x siap2 kek batik aku. Actually benda nie bukan susah mana pun,bahan2 pun tak banyak guna cuma MILO, SUSU CAIR, BISKUT MERI(itu yg penting ye puan2..klu tak ada, bukan kek batik namanye) pastu BUTTER CUP. Itu saje, tak perlu pening kepala ye puan2. Kacau semua bahan diatas api hingga menjadi pekat ye puan2 kecuali BISKUT MERI jangan masuk sekali nnt lain jadinye..Oh ye, sebelum terlupa ye puan2 BISKUT MERI tu perlu di belah 4 ye puan2 biar nampak cantik nnt corak dia bila di potong nnt. Kita sambung apa yg kita masak kat atas api tadi ye hampir terlupa saya, nasib baik tak hangit. Setelah ia pekat, masukkan biskut tadi dan kacau hingga rata. Setelah dikacau rata masukkan kedalam loyang dan ratakan sekali lagi ye. Masukkan kedalam peti ais untuk lagi sedap...itu saje. Senang bukan ?? (hehehe...poyonye aku) Marilah kita tengok hasilnye....................


sedapkan ? tiba2 macam nak buat sekarang jugak. hahaha

Tuesday, July 13, 2010

D'Manggis bersama cik abang...

diterangi cahaya lampu...
mushroom soup
steak sizzling
wedges
honeydew n fresh orange...

nyum nyum nyum.....makan lagi.

Monday, July 12, 2010

Suami, Isteri & Anak




sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
kadi tanye kat pompuan tu… . “kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
si isteri tu jawab… “saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.”
si suami terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .
kadi pun tanye si jantan… “hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”
“tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya ‘tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”
jawab kadi..”hak kamu le..”
suami tu kata lak..”hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan “



hahahaha...
senget la si suami tuh...
tapi masuk akal gak lar pe yang dye nak cakap tuh...
pendek citer...
jangan la becerai..
jaga la anak tuh sama2....
huhuhuuuu....

Sunday, July 11, 2010

Floria 2010....

Sabtu lepas suzy ajak g Floria 2010 (pesta bunga)mcm menarik je kan ? Sampai sana ramainye orang then panas plak tuh..tp memang BEST. Banyak sgt bunga hehehe. Kalau org yang giler bunga bolehla g sana. Pesta bunga tuh sampai 18hb Julai nih..x silap aku malam pun ada gak. Kalau mlm mesti cantik..Antara picca yg sempat snap...



with suzy


meriah kan ???

Thursday, July 8, 2010

Ramalan Paul Sotong Kurita Ajaib - Belanda atau Sepanyol Juara Piala Dunia 2010?

Peminat piala dunia mesti menantikan jugak ramalan Paul Sotong Kurita ajaib ni nak tilik pasukan mana akan jadi juara Piala Dunia 2010.
Adakah Paul sotong kurita ni nak pilih Belanda atau Sepanyol. Kebanyakan ramalan Paul ni tepat belaka.
Rasa- rasanya paul sotong ni pilih Belanda kot heheh..

Meh tengok sikit gambar Paul Sotong Kurita Ajaib ni meramal dan tilik sepanjang Piala Dunia 2010:










Pretzel


Pretzel Auntie Anne's laaaaaa...nak rasa sbb belum pernah makan pun. Ada orang kata sedap. Yeke sedap ?? Tapi seingat akula cik abang kita ada advice tuk try makan benda alah nih tapi masa tu aku jual mahal kata x nak..hehehe..nak tryla.

Wednesday, July 7, 2010

Pesanan Buat Kaum Hawa



Oh ya, seperti tajuk entry di atas, kali ini, khas buat kaum Hawa sahaja. Buat kaum Adam, boleh aje. Pandai-pandaila adjust @ boleh la sampaikan kepada isteri, ibu, adik, kakak, makcik, girlfriend dsbnya.

Oke, oke, berbalik kepada tajuk asal, Entry ini berasal dari satu ceramah agama yang didengar di salah sebuah stesen tv ..Ceramah ini berkenaan adab-adab kita sebagai seoang wanita ketika mendirikan solat.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu.

Antaranya:

1) Tidak jarang.
Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj .Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat.. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.

Cuba lakukan yang terbaik, kerana kita tidak tahu sama ada solat kita diterima atau tidak. Hanya tuhan mengetahui.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **

Zaman Dolu...:))

Beza tak dengan sekarang ? Wakakaka..lawak ar

Tuesday, July 6, 2010

A&W memang BEST........

Yummy!!
Mulut tu bukak besar sikit Imah , nanti x muat
Uits, Kak Yati tgh lapar tuh..dialog Kak Yati "cepatla amik gambar..aku dah lapar nih" hehehe.
Lil Divas.....
wahh meriahnyerr...
Baik punyerrr......

** Rugila x amik gambar borang A&W semalam...kelakar2

Monday, July 5, 2010

Pendrive..........


Langkah selamat sebelum langkah keluar. Segala document penting amik dulu hehehe...Adios Amigos...SEE U WHEN I SEE U :))

Sunday, July 4, 2010

Tempat nie mmg si pencuri tak tau..hehehe

dalam soket....
dalam lilin...
dalam cd.....
dalam buku pun BOLEH....