Tuesday, May 11, 2010

Lelaki VS Perempuan

Perbezaan Tanggungan Lelaki dan Perempuan

Tak ingat bila dan kenapa tiba-tiba aku dan biey saling bangkang membangkang bab dosa yang ditanggung seorang perempuan dan lelaki. Biey kata (berdasarkan pengetahuannya la..) selagi belum kahwin, segala dosa perempuan ditanggung ayah. Bila dah kahwin, suami pula ambil alih. Berlainan pula dengan lelaki, bila dah baligh, kena tanggung dosa sendiri. Kalau dah kahwin, tanggung dosa isteri sekali.

Pendapat aku lak, isyh, malu lak nak tulis kat sini. Bagi yang perempuan, selagi belum baligh, dosa ditangguh ayah, bila dah baligh, dosa tanggung sendiri, dan bila dah kahwin, dosa suami tanggung. Hah. Biey kata nanti dia bagi bukti apa yang dia cakap tu betul. Nak bukti aje keje aku. Hehe.


Ok, kat bawah nie, email yang aku terima dari biey, tapi dah edit bagi lebih simple supaya senang buat rujukan. Ok fine, aku salah. Huh.



Kanak-kanak ribena
Lelaki : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.
Perempuan : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.

Bujang (baligh)
Lelaki : Tanggung dosa sendiri.
Perempuan : Dosa ayah (lelaki) yang tanggung.

Berkahwin
Lelaki : Tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan anak lelaki yang belum baligh. BERAT BUKAN?!
Perempuan : Dosa suami (lelaki) yang tanggung.

Tanggungjawab
Lelaki :Hukum menjelaskan anak LELAKI perlu bertanggungjawab ke atas ibunya. Berdosa baginya jika tidak menjalankan tanggungjawab terutama anak lelaki yang tua.
Perempuan : Hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Buat jahat, dosanya ditanggung suaminya.


Lelaki wajib memberi nafkah kepada isteri, tetapi tidak bagi isteri. Namun begitu, isteri boleh membantu meringankan beban suami. HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri apatah lagi menggunakannya tanpa izin.

Tetapi, orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Perempuan:

Auratnya lebih sukar dijaga berbanding lelaki
Perlu izin dari suami apabila mahu keluar tetapi tidak bagi lelaki
Saksinya kurang berbanding lelaki
Menerima pusaka kurang dari lelaki
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
Wajib taat kepada suaminya
Talak terletak di tangan suami bukan isteri
Kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas



Perempuan wajib taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?

Perempuan menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan harta itu untuk menyara isteri dan anak.

Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.




Pelik bila tengok lelaki dan perempuan bergaduh siapa yang lebih berkuasa sedangkan kedua-duanya ada kelebihan masing-masing dan telah ditetapkan kedua-duanya saling memerlukan.

No comments:

Post a Comment