Saturday, August 21, 2010

Langkah demi langkah.....

kadang-kadang,
aku rasa dah cukup yakin nak melangkah.
kadang-kadang aku masih takut.
kadang-kadang,
aku kuat
tapi pernah jugak aku rasa lemah selemah-lemahnya.
ada masa...
aku rasa sangat tak bernilai
tapi tak jugak,
sebab
sekarang masih ramai yang menghargai aku.
aku takut dengan diri sendiri.
trauma.
bimbang.
banyak lagi perasaan negatif yang datang.
tapi aku tau, semalam adalah pengalaman.
hari ini adalah penentuan.
esok masih dalam perancangan.
kadang-kadang.
aku ragu ragu dengan setiap keputusan yang aku ambik.
bukan sebab tak yakin.
tapi aku masih takut dengan kemungkinan yang menyakitkan
tapi aku bersyukur
sebab dari kecik lagi
aku dah didik diri sendiri untuk menerima apa saja kemungkinan
dengan redha dan pasrah.
aku yakin dengan qadha dan qadar
aku yakin dengan apa saja terjadi pasti bersebab dan berhikmah
aku menulis bukan kerana terkenang kisah semalam
jauh sekali meratapi.
aku ada kisah hari ini dan esok yang tersendiri.
yang perlu aku usahakan dengan sebaik mungkin
cuma ada ketika
perasaan trauma dengan kisah semalam membuatkan aku pedih untuk menguatkan diri
untuk menghadapi kisah hari ini.
aku yakin denganMu ya Allah.
semoga apa yg kau tentukan ini adalah yang terbaik buatku
semoga setiap apa pekerjaaan yang aku lakukan hari ini sentiasa dalam rahmatMu.
semoga hari esok akan lebih cerah dari hari ini.
dan
semoga Kau berikan aku kekuatan dan keyakinan pada hari ini ya Rab
untuk aku bersedia dalam meghadapi apa sahaja kemungkinan hari esok
buat engkau yang sentiasa berdiri bersamaku dalam susah dan senang
doaku..
semoga engkau juga kuat untuk bersama sama denganku memberi kekuatan dan semangat buat diri ini.
setiap apa yg berlaku ini bersebab =)


No comments:

Post a Comment